RESEPI BISKUT ANGRY BIRD

biskut angry bird

Bahan bahan :
– 130gm mentega (saya guna brand Farm Cow)
– 60gm gula aising
– 1 biji kuning telur
– 120gm tepung gandum
– 30gm tepung kanji
– 50gm tepung beras
– 1 sudu teh pes strawberi
– Biji bijan hitam (secukupnya)
– Pewarna coklat dan toothpicks
– Gula-gula hiasan bentuk hati (secukupnya)

Cara-cara
● Tepung gandum,tepung kanji dan tepung beras pulut diayak bersama.
● Gaul mentega,gula aising dan kuning telur hingga sebati dan masukkan tepung tadi.  Uli hingga menjadi doh.
● Asingkan 30gm dari doh tadi dan biarkan dengan warna asal,doh selebihnya di tambahkan dengan pes strawberi dan uli hingga sebati
● Ambil sesudu teh rata doh berwarna (saya gunakan sudu sukatan cecair khas), bentukkan kepada segitiga..
● Bakar biskut dengan kepanasan 120°C selama 20-25 minit.  Sejukkan sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.

SELAMAT MENCUBA (Y)
LIKE / TAG / SHARE

 

 

 

 

UDANG GORENG SOS FUSION

udang kari.JPG

Bahan-Bahan :

.
10 ekor Udang besar – bersihkan dan belah belakangnya.

2 sudu teh Bawang putih kisar.

½ mangkok Bawang merah kisar.

2 sudu teh Halia kisar.

3 sudu teh Lada kisar.

2 sudu teh Pes tomato.

2 sudu teh Serbuk jintan putih.

2 sudu teh Serbuk kunyit.

3 sudu teh Serbuk kari ikan.

2 sudu teh Serbuk perasa ayam.

1 cawan Krim masakkan.

1 cawan Air3.

sudu besar Minyak untuk menumis.

beberapa helai daun kari.

.
Cara penyediaan :

.
1. Goreng udang sehingga masak.

2. Tumis rempah ikan bersama daun kari, setelah harum, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, lada kisar, pes tomato, serbuk jintan, kunyit, dan krim masakkan, kacau hingga sebati.

3. Masukkan serbuk perasa ayam dan masak sehingga pekat.

4. Siap dihidangkan

.

SELAMAT MENCUBA
LIKE / TAG / SHARE

PATIN BUAH MASAK TEMPOYAK

ikan-patin-tempoyak

Bahan bahan :

seekor ikan patin.

segengam cili padi (kalau xsuka pedas boleh kurangkan)

1 inci kunyit hidup.

4 sudu besar tempoyak.

1 bunga kantan -dibelah 4.

Segengam daun kesum.

1 asam keping.

Garam.

Cara penyediaan :
1. Tumbuk cili padi dan kunyit.  Masukkan air secukupnya dan masak bersama tempoyak, cili padi dan kunyit yang ditumbuk tadi.

2. Masukkan bunga kantan.

3. Bila mendidih pekat, baru masuk ikan. Jgn lama sangat sebab ikan lembut.

4. Masukkan daun kesum.

5. tunggu lama sedikit, baru masukkan asam keping dan garam secukup rasa.

Nota:
Petua menghilangkan hanyir dan lendir ikan patin ialah dengan melumur ikan patin dgn tepung gandum. Lagi mujarab drpd menggunakan air asam jawa/asam limau.

p/s: kepada yang xmakan ikan sungai, boleh ganti dengan ikan merah ke, ikan tenggiri ke…pon sodap! hehe

Dari segi bentuk, memandangkan ianya sudah dipotong, tidaklah dapat bezakan melainkan warna kulit patin buah yang lebih kehitaman.

RESEPI SUP BELUT

resepi ikan air tawar

sup belut

Bahan-Bahan :

  • 1 ekor belut dibersihkan.
  • 600 ml air.

Bahan Dikisar Halus :

  • 10 ulas bawang merah.
  • 5 cm halia.
  • 3 ulas bawang putih.

 

 

Bahan-bahan Lain :

 

  • 2 tangkai daun bawang .
  • 2 sudu makan minyak masak.
  • 1 bungkus sup bunjut.
  • garam dan lada sulah secukup rasa.

 

Cara Memasak 

  • Panaskan periuk masukkan minyak dan tumiskan bahan dikisar sehingga kekuning-kuningan. 
  • Masukkan air bersama-sama dengan sup bunjut dan belut.
  • Biarkan mendidih menggunakan api sederhana. 
  • Masukkan garam,lada sulah,daun sup dan daun bawang. 
  • Biarkan seketika.
  • Siap dihidangkan.

 

 

RESEPI MASAKAN KOREA Tteokbokki

Tteokbokki

Bahan-bahan:
500gr Sticky Rice Sticks Cake (Anda boleh membelinya di Supermarket Korea)
1 Bawang,dihiris.
3 Bawang hijau,potong panjang 3 inci.
1package daripada Shimeji Cendawan (sekitar 200gr).
3cups Air.
1package Dashi (atau ikan bilis dan Kelp, jika anda mempunyai).
3tbsp gochujang (Korean Hot Pepper Paste).
1 sudu besar cili Flakes.
1sudu besar Corn Syrup (atau Gula).
Sos 1sudu besar Soy.
3tbsp Madu.
200gr Mozzarella Cheese.

Cara penyediaan :
1. Rebus air dalam periuk,tambah Dashi, gochujang, Chili Flakes.
2. Masukkan kayu Rice Cake,bawang,bawang hijau,sirap jagung,kicap,madu,kacau perlahan-lahan,kira-kira 5 minit.
3. Masukkan Shimeji dan kacau sehingga 10 minit atau sehingga sos pekat dan melembutkan kek beras jika anda merasa terlalu pedas anda boleh menambah lebih madu, jika anda mahu lebih pedas,hanya tambah gochujang itu.
4. Panaskan ketuhar kepada 250 ° C,meletakkan Tteokbokki kepada oven-bukti kuali atau hidangan,parut beberapa keju Mozarella di atas dan dimasukkan ke dalam ketuhar selama 5 – 10 minit atau hanya sehingga keju cair.
5. Keluarkan dari ketuhar dengan cermat dan menikmati semasa ia panas!

RESEPI MEE KUNGFU

mee kungfu

Bahan A
– 500 gm mee kuning.
– 5 biji telur [dipukul].
.
Bahan B
– 100 gm udang basah [buangkan kulit].
– 150 gm ayam [dihiris].
– 1 biji panjang fish cake [potong nipis].
– 3 ulas bawang putih [dicincang].
– 100 gm brokoli [dipotong].
– 100 gm bunga kobis [dipotong].
– 100 gm lobak merah [potong kecil dan panjang].
– 5 tangkai baby corn.
– 2 sudu besar minyak masak.
– 2 s/b tepung jagung.
– 1 cawan air bancuhkan.
– 1 cawan air rebusan ayam.
– 2 s/b sos tiram.
– 1 s/b lada sulah.
– 3 s/b minyak masak.
– garam secukup rasa.
.
Cara penyediaan :
● Panaskan minyak dan goreng telur dan mee dalam kuantiti sikit [satu portion untuk [1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan.
● Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam,udang dan fish cake.
● Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah,sos tiram,baby corn dan carrot.
● Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
● Campurkan brokoli dan bunga kobis.
● Tutup api dan kacau.
● Tuang kuah ke atas mee dan hidangkan.
● Sedap dimakan panas-panas.
.
SELAMAT MENCUBA (Y)
LIKE / TAG / SHARE

KARI ASAM PEDAS IKAN PARI

988931_639072836220262_7699210423006741142_n

Bahan-bahannya :
ikan pari
belacan
cili kering- dikisar
bawang merah- dikisar
serai- dikisar
serbuk kari ikan- dibancuh dengan air
air asam jawa
daun kesum
bunga kantan
daun kari
santan
kacang bendi- hiasan
tomato- hiasan

Cara Menyediakannya..
~panaskan minyak dan masukkan belacan goreng sehingga naik bau
~tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar dan serbuk kari bersama belacan sehingga terbit minyak
-tuangkan air asam jawa dan masukkan daun kesum dan bunga kantan dan daun kari
~seterusnya, masukkan santan, ikan, kacang benci dan tomato
~akhir sekali masukkan perasa dan tunggu sehingga ikan masak
~sedia dihidang

Selamat Mencuba 🙂

Buah Melaka Special

10801655_318676405004774_7675980438099324345_nBahan-Bahan:

tepung pulut
air pandan
sedikit garam
sedikit air kapur 1 ketul ubi keledek bersiaz kecil
gula kabung/melaka dipotong kecil
kelapa parut (putih)

Cara:
1. Bancuh tepung pulut bersama air pandan, air kapur dan sedikit garam.
2. Masukkan ubi rebus yang telah direbus dan dilecek ke dalam bancuhan tepung.
3. Pastikan bancuhan tidak terlalu kering atau terlalu lembab.
4. Bentukkan bulat-bulat mengikut kesukaan anda.
5. Masukkan gula melaka yang telah dipotong tadi ke dalam tepung dan bentukkan bulat.
6. Pastikan air mendidih sebelum anda masukkan buah melaka tadi. Apabila ia timbul, bolehlah diangkat dan terus masukkan ke dalam mangkuk yang berisi kelapa parut.

Tambahan:
1. Air kapur tidak perlu terlalu banyak kerana ia akan menjejaskan rasa.
2. Ubi keledek akan membuatkan buah melaka tidak terlalu kenyal ketika dikunyah dan memberikan bunyi ‘pop’ ketika anda menggigitnya

Dipersilakan SHARE & selamat mencuba 🙂

SUP IKAN MERAH

10919057_863969000322322_2533110765564616211_n

Bahan-bahan:

1 ekor ikan merah anggaran 800grm
3 biji tomato
Jus perahan limau nipis secukupnya
1 pokok daun sup
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan tumis:

1 bungkus sup bunjut ikan-adabi
2 biji bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
5 biji lada hitam
5 biji cili api dititk-boleh tambah

* kalau tak ada sup bunjut boleh juga diguna serbuk rempah sup

Cara:

– Bersihkan ikan dan dipotong menjadi beberapa bahagian . Semua bawang , halia , lengkuas dikupas kulit dan dimayang halus . tomato dipotong empat.

-Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang tadi kemudian masukkan rempah sup bunjut. Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk . Masukkan cili api dan semua ikan , biarkan sampai mendidih .

-Masukkan jus perahan limau nipis secukupnya ikut citarasa masing-masing kalau suka lagi masam tambah la lagi jus limau nipis.

-Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali dan boleh dimasukkan buah tomato , bila buah tomato nampak layu boleh la ditutup api dapur dan tabur la daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup.

Selamat mencuba 🙂

Ketam Masak Lemak Cili Api

10383986_300447366827678_6897888360675491637_n

Bahan-Bahan:

3 ekor ketam segar
1 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, carikkan
2 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor
Bahan untuk kisar halus:
5 biji cili api
2 biji cili merah
1/2 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Secubit belacan
Cara Penyediaan:

1-Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian.

2-Gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan pati santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.

3-Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.

4-Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.

Tips:
Jika ketam betina yg mempunyai telur anda tidak perlu buang kulit (seperti dalam gambar). Jika ketam biasa, buang kulit dan potong dua bahagian dan leraikan kaki bersepit.

Selamat mencuba 🙂